English | B.Malaysia

Red Communications akan menghasilkan sebuah rancangan reality/drama pada bulan Oktober 2010. Kami sedang mencari seorang gadis yang berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan. Inilah peluang anda untuk bekerja bersama tokoh-tokoh ternama dalam industri hiburan dan memulakan kerjaya anda dalam industri ini. Mungkinkah anda bakal menjadi seperti Dato’ Siti Nurhaliza atau Yuna, dengan gaya anda sendiri?

Calon dikehendaki:
1. Gadis Melayu berusia dalam lingkungan 19 - 24 tahun. Tidak semestinya memakai tudung. Kami mengalu-alukan semua.

2. Harus memiliki suara yang merdu dan bakat menyanyi. Anda digalakkan menghantar rakaman muzik anda yang tersendiri, jika ada.

3. Bersedia melapangkan 3 bulan dari Oktober - Disember 2010 untuk rakaman muzik dan sesi penggambaran.

Sila hantar informasi berikut ke gadissemasa (AT) red.com.my

  1. Nama Penuh
  2. Alamat
  3. No Telefon
  4. Tarikh Lahir
  5. Gambar Terkini

6. Pengalaman anda- seperti menyanyi di sekolah atau di konsert yang diadakan di kolej, acara keluarga atau memenangi pertandingan karaoke dan lain-lain.
7. Rakaman anda sedang menyanyi sama ada dalam bentuk video atau audio.

Hanya mereka yang terpilih akan dijemput menghadiri sesi uji bakat.
Tarikh tamat: 20 Ogos.